Pilihan yang terbaik

Matlamat kita sama sahaja.
Untuk kurus dan sihat.
Tetapi cara kita untuk mendapatkannya sudah pastilah tidak sama.
Banyak faktor dalam diri dan sekeliling kita yang berbeza.

Aktiviti melibatkan fizikal
Jogging, zumba, aerobik, aerodance , senaman di gym, senaman di rumah melalui youtube..semua ini pilihan yang ada di depan mata kita. Tapi, minat kita sudah pastilah tidak sama.
Pendapat saya, kenalpasti apa yang anda minat. Bila dah suka, dah tentu anda akan berikan komitmen.

Duit
Anda pilih. Mahu kurus dengan cara mengeluarkan duit atau tidak?
Atau mungkin dapat menjimatkan duit.

Masa
Antara kita ada yang sudah berkahwin dan berkeluarga. Ada yang masih bujang.
Ada yang sibuk bekerja di pejabat dan ada juga yang sibuk bekerja sendiri. Semua ini menentukan apakah yang perlu kita pilih dan amalkan untuk kekal kurus. 

Makanan/Minuman
Memang mudah untuk plan diet kita. Tetapi adakah diet kita itu akan kita patuhi.
Atau jika ada menu yang perlu kita makan semasa diet..adakah melibatkan pengeluaran duit.
Begitu juga dengan detox . Bukan semua antara kita ada bajet khas untuk membeli pelbagai jenis buah-buahan dengan kerap  untuk detoks bukan?

Orang sekeliling
Jika sudah berkahwin, sudah pastilah suami dan anak-anak adalah keutamaan. Pasti sukar untuk ibu-ibu berdiet tetapi pada waktu yang sama menyediakan makanan yang lazat-lazat untuk yang tersayang. 

Oh......kalau nak disenaraikan memang panjang berjela-jela.
Jadi, buatlah pilihan yang terbaik. Yang sesuai untuk anda. Kerana yang mengenali badan anda ialah diri anda sendiri.

Pendapat saya, disiplin dalam mengawal makan/minum serta senaman adalah yang terbaik.
Di mana pun kita berada atau siapa di sekeliling kita..sudah pastilah kita kekal dengan matlamat untuk kurus kerana disiplin sudah ada dalam diri kita!

selamat kurus :)

Love,
Ms. LF


0 comments:

Post a Comment