Start!

Assalamualaikum semua.
Berkobar-kobar nampak untuk kurus, BAGUS!
Tak ada siapa yang mampu mengurangkan inci pinggang kita  melainkan diri kita sendiri.
Takkan nak harap orang lain kuruskan badan untuk kita? Mimpi!

*************
Musuh utama misi kurus kita ialah:-

1. Nafsu makan
2. Malas bersenam
3. Masa

NAFSU MAKAN
Siapa yang tak suka makan?
Dengan pelbagai makanan yang ada terutamanya makan nasi yang sudah jadi rutin wajib kita.
Makanan tak salah, yang salah ialah kita yang tidak disiplin dalam mengawal pemakanan.
Terlebih makan akan menggemukkan. Terlebih diet akan menjadikan kita tidak fit dan bertenaga.
Jalan paling baik ialah diet seimbang.

MALAS BERSENAM
Mungkin tiada istilah ini bagi mereka yang suka bersukan dan mementingkan stamina/fitness.
Tapi, bagi yang tidak suka memang masalah. Bagi yang tidak pernah bersenam pula, memulakan adalah sesuatu yang sukar. Bayangkan, hari ini semangat bersenam datang membuak-buak. Esoknya badan sakit-sakit lepas bersenam. Esoknya pula, terus malas bersenam. Sebab apa?

" Aku bersenam dah. Tak kurus pun. Sakit badan adalah. Tak sangggup.
Biarlah aku tak kurus, asalkan badan aku tak sakit. Yang penting, aku selesa dengan diri aku"

Hmmmm.............macam mana tu?

MASA
Sedarkah anda dari tahun ke tahun, lemak yang dikumpulkan dalam badan akan sentiasa bertambah? Bila sudah bertambah maka makin susah lah nak buang. Bila makin susah, makin cepat putus asa.

Jadi, tunggu apa lagi?
Bermula Oktober ini, jom kita bersenam dan kawal pemakanan untuk lebih kurus dan sihat.
Saya adalah peminat Rebecca dan konsisten melakukan senaman yang diajar beliau melalui youtube.
Jom ikuti program senaman beliau. Semuanya akan saya kongsikan di FB.

Nak kurus tak?
Tinggalkan komen anda di bawah dan saling menyokong antara satu sama lain di sini.

Love,
Ms, LF



0 comments:

Post a Comment