Memulakan............
Sesuatu yang sukar tetapi BOLEH dilakukan.
Anda hanya perlu percaya pada diri dan mula lakukannya!

Bayangkan jika selama ini anda :-
-tidak pernah mengawal apa yang anda makan
-tidak pernah mengawal apa yang anda minum( minuman bergula/bergas)
-tidak pernah menggerakkan otot-otot anda untuk bersenam
Jadi, pasti sukar memulakannya.

Anda mungkin mahu diet( mengawal makan dan minum).
Tetapi kantung perut anda sudah biasa dipenuhi dengan jumlah "suka hati"makanan/minuman yang diambil. Jadi jika ia tidak penuh... anda mula berasa lapar.
Bukan soal perut sahaja, soal tekak yang sudah biasa menerima makanan/minuman yang sedap-sedap juga menjadi satu masalah bagi anda .Jika ditukar menunya, pasti rasa tidak selera.

Anda mungkin mahu bersenam.
Tetapi badan anda sudah berat/ stamina anda sudah tiada dan lemak anda juga sudah banyak terkumpul. Jadi, untuk menggerakkan otot-otot badan adalah sesuatu yang anda rasa sangat sukar. Malah mahu melakukan gerakan senaman juga sesuatu yang mustahil.

Memulakan.
Ini cabaran pertama untuk anda jika mahu lebih kurus dan sihat.
Jadi..bagaimana caranya? cara untuk memulakan?

Jawapannya : MULAKANLAH perlahan-lahan.
Tempuhi kesukaran memulakan ini dengan berani dan tidak putus asa.
Tiada perkara yang mudah jika anda tidak pernah memulakannya sendiri bukan?
Untuk kurus dan sihat ... hanya anda yang dapat bantu diri anda sendiri,

Be strong! Never give up!

Love,
Ms. LF





Matlamat kita sama sahaja.
Untuk kurus dan sihat.
Tetapi cara kita untuk mendapatkannya sudah pastilah tidak sama.
Banyak faktor dalam diri dan sekeliling kita yang berbeza.

Aktiviti melibatkan fizikal
Jogging, zumba, aerobik, aerodance , senaman di gym, senaman di rumah melalui youtube..semua ini pilihan yang ada di depan mata kita. Tapi, minat kita sudah pastilah tidak sama.
Pendapat saya, kenalpasti apa yang anda minat. Bila dah suka, dah tentu anda akan berikan komitmen.

Duit
Anda pilih. Mahu kurus dengan cara mengeluarkan duit atau tidak?
Atau mungkin dapat menjimatkan duit.

Masa
Antara kita ada yang sudah berkahwin dan berkeluarga. Ada yang masih bujang.
Ada yang sibuk bekerja di pejabat dan ada juga yang sibuk bekerja sendiri. Semua ini menentukan apakah yang perlu kita pilih dan amalkan untuk kekal kurus. 

Makanan/Minuman
Memang mudah untuk plan diet kita. Tetapi adakah diet kita itu akan kita patuhi.
Atau jika ada menu yang perlu kita makan semasa diet..adakah melibatkan pengeluaran duit.
Begitu juga dengan detox . Bukan semua antara kita ada bajet khas untuk membeli pelbagai jenis buah-buahan dengan kerap  untuk detoks bukan?

Orang sekeliling
Jika sudah berkahwin, sudah pastilah suami dan anak-anak adalah keutamaan. Pasti sukar untuk ibu-ibu berdiet tetapi pada waktu yang sama menyediakan makanan yang lazat-lazat untuk yang tersayang. 

Oh......kalau nak disenaraikan memang panjang berjela-jela.
Jadi, buatlah pilihan yang terbaik. Yang sesuai untuk anda. Kerana yang mengenali badan anda ialah diri anda sendiri.

Pendapat saya, disiplin dalam mengawal makan/minum serta senaman adalah yang terbaik.
Di mana pun kita berada atau siapa di sekeliling kita..sudah pastilah kita kekal dengan matlamat untuk kurus kerana disiplin sudah ada dalam diri kita!

selamat kurus :)

Love,
Ms. LF




Bye bye week 1.
Tahniah, jika anda dapat rasakan sedikit perubahan pada diri anda.
Tidak kiralah samada perubahan dari segi :-
1. Berat badan lebih turun
2. Pinggang ada nampak semakin kecil
3. Makan/minum lebih disiplin
4. atau mungkin lebih bermotivasi

Walaupun kecil...perubahan tetap perubahan.
Keep going dan push harder for week 2.


Day 8
Be serious!
Masanya untuk anda lebih fokus dan ikuti setiap gerakan senaman supaya nampak hasil yang lebih baik minggu ini.

Berikut ialah link senaman.
Credit to RL Healthy.

Warm up
Klik link

Workout No. 1
Klik link

Workout No. 2
Klik link

Workout No. 3
Klik link

Good luck!


p/s : Senaman sahaja tanpa mengawal pemakanan tidak mencukupi untuk mencapai misi berjaya kurus anda.

Love,
Ms. LF

Hari ini sudah masuk hari ke 7.
Dan esok bermula minggu ke 2 pula.
Bagaimana dengan projek kurus oktober anda?
Berada di landasan yang betul atau sudah beberapa hari tergelincir?
Teruskan usaha...dan keep fighting!

Day 7
Lakukan senaman dan berikan yang terbaik hari ini.
Push harder!

Berikut ialah link senaman.
Credit to RL Healthy.

Warm up
Klik link

Workout No. 1
Klik link

Workout No. 2
Klik link

Workout No. 3
Klik link

Good luck!


p/s : Senaman sahaja tanpa mengawal pemakanan tidak mencukupi untuk mencapai misi berjaya kurus anda.

Love,
Ms. LF

Assalamulaikum semua,
Bagaimana dengan rehat anda? Semoga anda ada lebih tenaga dan bersemangat hari ini.

Perut oh perut! Selalu saja lemak pada perut mendatangkan masalah pada kita.
Jika tidak dijaga, perut akan membuncit. Spare tyre akan muncul 3 tingkat. Dan lebih menyedihkan apabila spare tyre itu bergabung menjadi satu......terus bulat!

Diet ketat pastinya akan membuatkan kita lapar.
Saya sukakan abs workout dan kawal pemakanan. Ini kerana saya mahu menikmati makan :). Tiada diet ketat. Cukuplah sekadar tahu bila perlu makan, bila perlu tidak makan, bila perlu meningkatkan level senaman /kawal makan apabila sudah terlebih makan.

p/s : cara setiap orang pastinya berbeza. Cari cara anda dan apa yang anda minat dan mampu lakukan.


Day 4 & Day 5 : Rest Day

Day 6
Teruskan bersenam untuk hari ke-6.
Hari ini lakukan yang terbaik selepas rehat 2 hari.

Berikut ialah link senaman.
Credit to RL Healthy.

Warm up
Klik link

Workout No. 1
Klik link

Workout No. 2
Klik link

Workout No. 3
Klik link

Good luck! and be ready to achieve this.



p/s : Senaman sahaja tanpa mengawal pemakanan tidak mencukupi untuk mencapai misi berjaya kurus anda.

Love,
Ms. LF
Oh jerebu!
Adakah jerebu sangat teruk di tempat anda? Nak keluar rumah pun malas.
Semoga masalah jerebu cepat selesai.
Jom teruskan workout untuk hari ke 3.

Day 3

Berikut ialah link senaman.
Credit to RL Healthy.

Workout No. 1
Klik link

Workout No. 2
Klik link

Workout No. 3
Klik link

Dan workout video ini juga. This is my favourite from XHIT
Klik link

Believe me!
Jika anda konsisten melakukan workout ini, perubahan akan dapat dilihat pada bahagian kaki anda.
Dan pastinya otot yang kelihatan pada peha anda akan membuatkan anda tersenyum lebar .
Siapa yang tak nak peha kecil dan ada ruang di antara 2 peha kan?

Good luck!
p/s : Senaman sahaja tanpa mengawal pemakanan tidak mencukupi untuk mencapai misi berjaya kurus anda.

Love,
Ms. LF
Day 2
Teruskan bersenam untuk hari ke-2.

Berikut ialah link senaman.
Credit to RL Healthy.

Workout No. 1
Klik link

Workout No. 2
Klik link

Workout No. 3
Klik link

Good luck!

p/s : Senaman sahaja tanpa mengawal pemakanan tidak mencukupi untuk mencapai misi berjaya kurus anda.

Love,
Ms. LF