5 alasan tidak bersenam


Seorang kawan telah datang kepada saya dan berkata...
"Kau kurus sekarang..buat apa..diet apa..bersenam ke dan bla..bla..bla"
Saya katakan "ya, rajin bersenam sekarang"
Dipendekkan cerita, video senaman pun saya bluetooth pada waktu itu juga kerana kawan saya mahu video itu segera. Tak sabar nak  buat juga katanya!

2 hari selepas itu.
Dia beritahu, tak nak buat..badan sakit-sakit.

Okay, saya faham. Bukan semua orang suka bersenam. Dan kita tidak boleh paksa orang untuk suka kan!

5 ALASAN KENAPA TIDAK BERSENAM

1. Sibuk
Bekerja, belajar, menguruskan keluarga . Semuanya memerlukan masa yang bukan sedikit.
Selepas semua urusan selesai, penat pula yang datang. Sukarnya! Rutin harian banyak dilakukan tetapi berat badan tidak juga turun.

Ini kerana lemak anda tidak hilang dengan melakukan aktiviti rutin anda. Ia sudah banyak terkumpul.

Penyelesaian : Cari masa! bukan tunggu masa sesuai.
2. Malas
Berita baiknya, anda mengaku dan tidak beri alasan
Berita buruknya, lemak anda tidak akan hilang jika malas.

Penyelesaian : Anda! Tidak ada sesiapa dapat ubah malas anda melainkan anda sendiri

3.Badan sakit
Biasa berlaku. Terutamanya jika tidak melakukan warm up.
Atau berlaku pada mereka yang tidak pernah melakukan senaman sebelum ini.
Jika anda baru bermula, sakit badan pada hari berikutnya atau mungkin 3-4 hari selepas itu perkara biasa. Kerana anda menggunakan otot-otot yang tidak anda gunakan untuk senaman sebelum ini.
Lama kelamaan badan akan boleh terima dan biasa. Ini kerana tenaga anda sudah semakin bertambah dan anda semakin mahir melakukan gerakan tersebut.

Dan biasanya sebelum waktu "lama kelamaan" itu sampai, anda sudah give up. Jadi, anda tidak sempat rasa perasaan tidak sakit badan selepas melakukan senaman.

Penyelesaian : Bermula perlahan-lahan. Bermula dengan gerakan mudah. Bermula dengan tempoh waktu senaman yang singkat. Kemudian, tingkatkan tahap senaman anda.

4.Tiada motivasi


Ya, seperti mandi yang kita perlukan setiap hari.
Tiada motivasi dan keazaman akan membuatkan kita cepat putus asa. berhenti.seterusnya tidak mahu bersenam langsung.

Penyelesaian ; Cari perkara yang memotivasikan anda. Kenal pasti target anda.

5. Tidak nampak hasil

Hasil tidak akan nampak dalam masa yang singkat. Jika dapat hasil sekalipun, ia tidak berakhir di situ. Ini bukan cerita "happily ever after".
Saya selalu katakan, selepas kurus..cabaran seterusnya ialah mengekalkan kurus.

Penyelesaian : Jangan berhenti bersenam. Terus lakukan tanpa putus asa

Ingat, bersenam bukan hanya untuk kurus. Tetapi untuk kesihatan juga.
Jom bersenam dan sama2 kita saling menyokong di sini untuk ke arah gaya hidup yang lebih sihat.

Jika tidak mampu 1 jam..lakukan setengah jam
Jika tidak mampu setengah jam..lakukan 15 minit

Love,
Ms. LF

0 comments:

Post a Comment