Sukarnya memulakan...

Memulakan............
Sesuatu yang sukar tetapi BOLEH dilakukan.
Anda hanya perlu percaya pada diri dan mula lakukannya!

Bayangkan jika selama ini anda :-
-tidak pernah mengawal apa yang anda makan
-tidak pernah mengawal apa yang anda minum( minuman bergula/bergas)
-tidak pernah menggerakkan otot-otot anda untuk bersenam
Jadi, pasti sukar memulakannya.

Anda mungkin mahu diet( mengawal makan dan minum).
Tetapi kantung perut anda sudah biasa dipenuhi dengan jumlah "suka hati"makanan/minuman yang diambil. Jadi jika ia tidak penuh... anda mula berasa lapar.
Bukan soal perut sahaja, soal tekak yang sudah biasa menerima makanan/minuman yang sedap-sedap juga menjadi satu masalah bagi anda .Jika ditukar menunya, pasti rasa tidak selera.

Anda mungkin mahu bersenam.
Tetapi badan anda sudah berat/ stamina anda sudah tiada dan lemak anda juga sudah banyak terkumpul. Jadi, untuk menggerakkan otot-otot badan adalah sesuatu yang anda rasa sangat sukar. Malah mahu melakukan gerakan senaman juga sesuatu yang mustahil.

Memulakan.
Ini cabaran pertama untuk anda jika mahu lebih kurus dan sihat.
Jadi..bagaimana caranya? cara untuk memulakan?

Jawapannya : MULAKANLAH perlahan-lahan.
Tempuhi kesukaran memulakan ini dengan berani dan tidak putus asa.
Tiada perkara yang mudah jika anda tidak pernah memulakannya sendiri bukan?
Untuk kurus dan sihat ... hanya anda yang dapat bantu diri anda sendiri,

Be strong! Never give up!

Love,
Ms. LF





0 comments:

Post a Comment