First Entry

Assalamualaikum /salam sejahtera semua!
Sudah lama ruangan ini hendak saya publish di blog.
Berkongsi tips , inspirasi dan motivasi untuk kekal kurus dan sihat.

Saya bukanlah pakar nutrisi dan jurulatih kecergasan.
Tetapi saya bergiat aktif dalam sukan semasa belajar di salah sebuah universiti.
Selalu training untuk jadi yang terbaik/ mengekalkan stamina/mendapat keputusan yang baik dalam pertandingan.

Dan, bila meningkat usia..sibuk dengan kerja semuanya semakin terabai.
Ya, anda tahu ini! kerana anda juga mengalaminya bukan?
Jadi , saya juga sama seperti anda...yang kadang-kadang terlebih makan , lupa atau malas bersenam.
( dan ini sebenarnya berlaku dalam tempoh 3 tahun dahulu)

Kemudian,saya mendisiplinkan diri semula untuk melakukan senaman dan menjaga pemakanan dan mendapat hasil yang diinginkan. Tetapi saya tahu, "hasil" ini tidak akan kekal lama jika tidak konsisten menjaganya!

Mari jadikan ruangan ini perkongsian bersama, saling menyokong antara satu sama lain untuk mencapai matlamat menjadi lebih kurus dan sihat. Selain berkongsi, ruangan ini juga saya mahu jadikan sebagai salah satu cara untuk mengingatkan diri saya sendiri supaya terus mengamalkan gaya hidup sihat ( kerana, saya tidak mungkin akan menulis sesuatu tanpa melakukan dan melihat hasilnya sendiri).

Selain di blog, anda boleh ke FB page Aku nak kurus dan sihat.
Hubungi saya di ruangan "Contact Us" untuk sebarang pertanyaan /perkongsian.


Love,
Ms. LF

0 comments:

Post a Comment